• Qoute Power Dari Dato Maznah Hamid Tentang Diri Kita

    0

    Malam ketika tonton Jangan Tidur Lagi tiba-tiba saya dapat tangkap satu Qoute @ kata-kata hikmah dari Dato Maznah Hamid.
    Seperti anda semua tahu beliau adalah salah seorang jutawan malaysia dan di gelar “iron lady” kerana kejayaan beliau dalam busines keselamatan.
    Menurut Dato Maznah ” kita ni ada 3, pertama kita pada pandangan orang lain, yang kedua kita pada pandangan mata kita sendiri, dan yang ketiga diri kita yang sebenar”
    Hrmm.. Betul gak tu, kita kadang- kadang terlalu sibuk dengan diri kita pada pandangan orang lain hingga lupa pada 2 lagi diri kita yang di sebut oleh Dato tu..
    Fikir-fikirkan..

    Posted from WordPress for BlackBerry.

    fauziibrahim

    Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

    Twitter - Facebook - More Posts

  • Bergambar Bersama Trainer Ahmad Farid

    0

    Sedang korek-korek Laptop terjumpa gambar ni. Ini adalah Ahmad Farid dari Dynamic Team Holding.

    Masa ni saya attend training program Empowerment Of The Black-Belt Team

    fauziibrahim

    Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

    Twitter - Facebook - More Posts

  • 3 cara mudah bagaimana nak dapat rezeki atau bantuan cepat dari Allah?

    3

    Minggu ni dapat peluang conduct kursus kat Muar.. Program self-awereness yang memang selalu saya conduct bersama bos saya En Jamal Hj No. Tapi kali ni saya di gandingkan dengan senior trainer lain. Tak kesahlah yang penting dapat belajar sesuatu dari trainer lain.

     

    Apa yang saya nak kongsi adalah sedikit ilmu yang saya dapat apabila sembang2 dengan salah seorang peserta kursus yang kami organise kan di sini.

     

    Farid cuba berkongsi kisah hidup dia dengan saya “En Fauzi saya ni dalam lalui macam-macam susah senang hidup ni. Antaranya bila saya betul2 jatuh. Bukan jatuh macam mana tapi jatuh dalam perniagaan saya. kalau ikut-ikut saya tak de iman tentu macam-macam dah jadi. Mungkin tiba-tiba dapat berita ada orang terjun dari bangunan. Susah hidup saya En Fauzi masa tu”

    Tertelan air liur saya bila dengar cerita dia tu. Saya cuba korek lagi kisah hidup dia “lepas tu apa jadi?”.

    Farid yang sentiasa ceria tu sambung ceritanya “Alhamdulillah saya masih ada iman En Fauzi, ingat pesan2 guru2 ugama saya”

    “Bagus la macam tu” balas saya.

    “En Fauzi nak tau tak macam mana nak dapat rezeki segera dari Allah atau nak selesaikan kekusutan hidup dengan cepat?” tanya Farid kepada saya.

    “wah ilmu menarik ni” bisik saya dalam hati.

    “Mesti lah saya mau” kata saya kepada Farid.

    Farid dengan suara gembira sebab dapat kongsi ilmu menyambung katanya “3 cara mudah dan kalau En Fauzi boleh buat sekurang-kurangnya salah satu dari 3 ni, Allah akan balas segera kat En Fauzi”

    “OK.. terus kan.. saya memang nak tau ni..” saya menunjukkan minat saya dengan topik ni.

    “Pertama…” kata Farid.

    “Kalau En Fauzi contohnya balik jap lagi nampak ada kayu atau duri melintang jalan, En Fauzi buang kan ke tepi jalan supaya orang lain dapat lalu dengan mudah dan tak bahayakan orang” kata Farid.

    “atau.. Bila En Fauzi nampak ada parit atau longkang yang mana jadi tempat laluan budak-budak pergi sekolah, En Fauzi ambillah kayu buat sebagai titian mereka..” sambung Farid.

    “atau yang ketiga… En Fauzi pergi masjid lepas tu tengok tandas kotor sangat.. En Fauzi ambil klorok atau apa-apa jenis pencuci, En taburkan, lepas sejam ke En basuh tandas tu… jadi bersih dan cantik” menurut Farid lagi..

    “Kalau En Fauzi buat salah satu dari apa yang saya cakap tadi, insyaallah bantuan Allah akan datang segera. ”

    “Segala masalah dan kekusutan, akan selesai segera”

    “kalau ketika tu susah tak de duit, atau macam saya ni tak de sales.. Insyaallah.. Allah akan bagi rezeki segera, kadang-kadang dari sumber yang tak di sangka-sangka” jelas Farid dengan bersungguh-sungguh.

     

    Saya terpaku..  Wah banyak ilmu rupanya si Farid ni… dan rupanya senang aja nak dapat bantuan segera dari Allah..

     

    Saya cuba “cucuk jarum” nak tau ada bukti kejayaan tak dari apa yang di cakap tadi…

     

    Farid menjawab soalan saya tu dengan penuh semangat “mmg ada En Fauzi, terbaru semalam..”

    “Semalam…?” bisik saya dalam hati.

    “ye.. semalam… kalau En Fauzi ingat saya ada minta masa untuk lari sekejap jumpa client kan?” tanya Farid pada saya.

    “yup… ada.. ada… ”

    Farid sambung ” Sebenarnya pagi tu saya ada cerita pasal 3 cara mudah ni dengan Haji Zaid (kalau saya tak silap nama haji tu la).. saya kata Hj nak tengok? biar saya buktikan kat haji… saya ni dah seminggu tak de sales ni haji.. tapi kejap lagi masa solat Jumaat saya akan sedekah kan kasut dalam kereta saya tu kepada masjid”

    “lepas saya sedekahkan kasut kat masjid tu petang semalam dalam pukul 3.00 seorang potential customer yang dah lama saya tak follow up call kata dia nak invest, saya kena datang ke ofis dia untuk cop jari” kata Farid sambil tersengih.

    saya terpegun… tak terkata apa-apa pun.

    “sebab tu la semalam dalam kul 4.30 tu saya minta kebenaran En Fauzi nak keluar kejap.. bila saya cerita semula kat Hj Zaid, dia pun terkejut dan kata dia pun nak amalkan nasihat saya ni” Ulas Farid.

    “En Fauzi boleh cuba… tengok la sendiri hasilnya… Bantuan segera dari Tuhan akan datang pada En Fauzi”…

    “Terima kasih Farid, saya dapat ilmu yang sangat berguna lepas sembang dengan awak ni” kata saya dengan ikhlas.

     

    Subhanallah… Rupanya walau pun kecil amal kita tapi bila kita ikhlas besar bantuan Allah…

    Lagi satu saya belajar, bergaullah dengan orang yang nampak biasa-biasa juga sebab orang yang nampak biasa-biasa pun ada ilmu yang boleh kita belajar.

     

    Jadi rumusan dari kisah benar tadi adalah… jangan mengeluh. jangan mengalah… kalau kita dalam kekusutan hidup atau kewangan ingat lah Allah.. cuba buat sekurang-kurang nya salah satu cara yang di kongsi oleh Farid tadi.

    1. Kalau nampak jalan dihalang kayu atau duri, bersihkan

    2. Kalau nampak ada laluan longkang atau parit tempat anak-anak pergi sekolah, bina titian untuk mereka.

    3. Beramal kepada masjid.. Contoh kalau nampak tandas masjid kotor, tolong cucikan…

     

    ok semoga ada yang dapat di jadikan panduan untuk kita bersama.

    fauziibrahim

    Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

    Twitter - Facebook - More Posts

  • Cerita Pilihan: Pengajaran Dari Pisang

    0

    Baik lah kali ni fauziibrahim.com akan kongsi sebuah cerita yang simple tapi rasa nya dapat memberi pengajaran yang banyak dan sesuai kepada semua orang tak kira tua atau muda atau kanak-kanak.

    Pisang bukan sahaja boleh dimakan kerana enak tapi kalau anda faham cerita ini, mungkin anda kan faham apa yang perlu di buat selepas ini.

    Hayati kisah ini:

    Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

    Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

    “Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

    Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

    Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

    “Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

    “Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

    Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

    “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

    fauziibrahim

    Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

    Twitter - Facebook - More Posts

  • 5 artikel untuk inspirasi dan motivasi diri anda

    0

    Dah lama tak sempat update blog saya ni tapi sementara saya nak mengumpul idea untuk dikongsi di sini, saya mencadangkan beberapa artikel yang memberi saya inspirasi dan motivasi.

    Berikut adalah artikel yang saya pilih dari sumber yang boleh dipercayai seperti YAHOO dan FORBES:

    1. Entrepreneurship: Nothing to Lose and Everything to Gain
    2. In Pictures: 20 Businesses You Can Start Tomorrow
    3. Turn Your Kids into Millionaires
    4. Ten Horrible Reasons To Get Rich
    5. Biggest Businesses Run by College Dropouts

     

      Saya rasa artikel-artikel ini mampu menjadi panduan untuk memperbaiki diri kita.  Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada dan menggunakan apa yang kita ada untuk meningkatkan diri kita.

      fauziibrahim

      Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

      Twitter - Facebook - More Posts

    Page 1 of 1112345»10...Last »