Motivasi . Inspirasi . Informasi
Archive for August, 2010
Kesilapan yang sering di lakukan semasa di bulan Ramadhan.
Aug 13th
Saya baru terbaca kesilapan yang sering di lakukan semasa
di bulan Ramadhan. Rasanya patut juga di kongsi dengan semua. Nak tulis semua panjang la pulak,jadi saya ringkaskannya melalui teks di bawah:
1. Zaman sekarang, orang dah tak ghairah nak sambut bulan suci ini dengan amal
soleh, sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, bulan Ramadhan adalah bulan
PALING MERIAH walaupun sedang berperang!
2. Bangun sahur, tetapi terlajak nak solat subuh.. Berbuka puasa sekenyang-kenyangnya,
tetapi terlalai nak solat maghrib..
3. Sedang dan masih tidak malu untuk menutup aurat.. Nauzubillahi min zaali..
4. Banyak menghabiskan masa di siang hari dengan tidur sedangkan pada zaman
Rasulullah, peperangan turut berlaku di siang hari..
5. Lebih sibuk melakukan persiapan Hari Raya berbanding Beribadat di Bulan Ramadhan..
Betulkan?
6. Susah nak bangun sahur, nak bangun buat qiamulail dan tidak ghairah merebut
‘Lailatul Qadar’, sedangkan WORLD CUP selama sebulan pun boleh bangun/berjaga
malam.. Macamne plak tu? Fikir-fikirkan…



Komen Terbaru