Motivasi . Inspirasi . Informasi
Archive for December, 2010
2011 Datang.. Apa Nak Buat? Macam mana nak plan 2011?
Dec 31st
Posted by fauziibrahim in Blog
Assalamualaikum
apakhabar semua?
31 Dec 2010.. dalam beberapa jam lagi tahun 2010 akan pergi dan 2011 akan muncul…
cepatkan masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah setahun berlalu…

jadi apa yang kita nak buat sekarang? masa yang dah pergi tak akan kembali lagi… masa yang akan datang masih misteri?
Bagi saya sekarang adalah masa paling sesuai untuk review semula pencapaian kita dah jangan lupa review semula kegagalan kita ok… ada orang asyik fikir kejayaan saja tapi tak perasan banyak juga kegagalan yang dia dapat dalam setahun ni. Contoh mungkin ada orang yang berjaya dalam bisnes pada tahun 2010 ni tapi dia tak perasan dia gagal dalam kekeluargaannya.. tak balance betul tak?
Lepas dah review kejayaan dan kegagalan nak buat apa pulak?
Kalau ada kejayaan kita perlu raikannya… bagi diri kita hadiah atas kejayaan itu. kalau perkara itu boleh di teruskan.. TERUSKAN.. mungkin tahun depan lagi baik mungkin… jangan lepaskan peluang yang telah ada dalam tangan..
Kalau ada kegagalan, kena mula tengok semula kebelakang, flash back apa yang pernah berlaku.. tanya soalan-soalan pada diri anda seperti apakah kegagalan anda? kenapa ia berlaku? apa yang boleh kita buat untuk elakkan ia dari berulang? dan sebagainya.. lepas dapat jawapan kena la follow up, perbaiki agar tak berulang.

Seterusnya untuk tahun 2011 kita dah boleh merancang dan menyusun matlamat untuk dicapai pada 2011. Ada beberapa teknik nak merancang matlamat antaranya adalah dengan teknik S.M.A.R.T
S= Specific:
Pilih matlamat yang jelas, contoh kalau nak beli kereta jangan la kata ” aku nak beli kereta pada tahun 2011″ tak jelas matlamat tu.. Kena lebih SPECIFIC ”aku nak beli kereta (BRAND apa?)(MODEL apa?)(WARNA apa?)(HARGA berapa?)sebelum (BULAN berapa?)
M= Measurable
Boleh dinilai.. matlamat perlu boleh dinilai dengan sesuai nilai seperti harga, jumlah, ukuran dan sebagainya. Contoh nak beli kereta kena tahu berapa harga kereta tu.. kalau nak kurus kena tahu berapa KG target berat nak achieve. Contoh kereta tadi.. kena tahu harga pasaran dia berapa? RM80K? RM100K?
A= Attainable
Mampu dicapai… pastikan matlamat mampu kita capai… nak pergi melancong ke Perancis? Duit dalam simpanan ada berapa? RM1000? tak cukup
gaji berapa? RM2000? tak cukup…
R = Realistic
target kena mampu dicapai.. “Saya nak beli rumah berharga RM2 juta tahun depan” ?realistic? boleh capai atau tidak? contoh kedua (berdasarkan pengalaman mengajar fresh graduate) “saya nak beli rumah rm200k, beli kereta RM60k, nak kawin belanja RM30K tahun depan”
Adoi.. dik.. kamu baru kerja 2 -3 bulan gaji baru rm1800 – rm2500 target macam gaji RM10k-RM20k… biar logik la
T = Timely
Target kena ada jangkamasa untuk capai… “sebelum May” , “Pada bulan Dec”
dengan kata lain kena ada deadline.. baru kita jelas apa nak buat sebelum deadline tu..
Baik.. salah satu teknik adalah vision board..
cari sekeping card board kosong.. gunting seberapa banyak gambar apa yang ada mahu dari majalah. lekatkan pada board tu.. combine dengan SMART goal tadi.. lepas tu gantungkan di tempat yang paling selalu anda lihat.. contoh atas cermin muka ke.. atas siling ke (hahaha bukan lawak tapi betul).. tengok hari2… biarkan HUKUM TARIKAN jalan kan tugasnya..
hmm.. setakat ni dulu… saya nak siapkan vision board saya ni.. nanti saya post kat sini ok..
akhir sekali.. saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua..
fauziibrahim
Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun



Komen Terbaru