Kisah ini mengenai seorang penjual belon di sebuah carnival. Setiap hari dia menjual pelbagai jenis warna. Apa yang dia lakukan setiap hari adalah melepaskan sebijik belon kelangit. Belon tu akan terbang tinggi ke langit. Apa bila ada kanak-kanak Nampak belon tu mereka akan minta ibu bapa mereka mencari penjual belon tersebut dan beli belon dari dia… begitu la aktiviti si penjual belon setiap hari.
Ada hari dia melepaskan belon merah…. Ada kala belon biru… ada kala kuning.. dan macam2 warna lagi…
Pada suatu hari ketika dia sedang menjual belon, tiba2 dia terasa tepi baju nya ….. rupa2nya ada seorang kanak2 sedang menarik baju…

sambil merenung dengan rasa ingin tahu, kanak-kanak itu bertanya kepada si penjual belon “Setiap hari pakcik lepaskan belon naik ke langit.. kadang2 merah kadang2 biru dan macam2 lagi…”

Kanak-kanak tu bertanya lagi “Saya nak tahu,kalau pakcik lepaskan belon warna HITAM, berapa tinggi belon itu akan terbang?”

Rasa-rasa apa jawapan si penjual belon tu?

Si penjual belon tu berkata dengan tenang kepada kanak-kanak itu “Nak.. bukan warna belon itu yang menentukan berapa tinggi dia terbang, tetapi APA YANG ADA DI DALAM BELON itu yang menentukan berapa tinggi dia terbang…..”

Baik lah.. dari segi motivasi, rasa-rasa apa yang kita boleh pelajari dari kisah ni?

Abg fauzi dah ada pendapat sendiri.. saja nak test ada tak pembaca yang dapat kongsikan pengajaran kisah ini?

fauziibrahim

Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

Twitter - Facebook - More Posts