Terus terang saya mengaku bahawa sebelum ini saya seorang yang suka “Job hopping” @ Melompat tempat kerja.  Rakan-rakan ramai yang pelik mengapa saya selalunya senang sahaja untuk dapat kerja di tempat baru? Graduan-graduan lain bertungkus lumus pergi ke interview hampir setiap hari,tapi tetap tak dapat panggilan kerja.  Namun begitu setelah beberapa tahun saya asyik ber “Job hopping” kini saya buat keputusan untuk hentikan semua tu. Sekarang saya dah fokus membina kerjaya dalam bidang latihan dan kewangan.

Apa yang saya nak kongsikan kali ni adalah sedikit tips berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya Kenapa Graduan Sukar Berjaya Dalam Interview Untuk Mendapatkan Kerja?

1. Grooming yang tidak sesuai.

Saya tahu ada 2 style rambut yang digemari remaja lelaki masa kini iaitu rambut terpacak kelangit dan satu lagi rambut melepet tutup separuh muka. Memang ada syarikat yang tidak kesah untuk mengambil pekerja-pekerja yang mempunyai style rambut yang macam saya cakap tadi.Tetapi adalah sedikit berbanding syarikat yang ingin kan pekerja yang datang dengan rambut kemas.

Untuk remaja perempuan pulak terbahagi kepada 2 jenis iaitu yang tidak bertudung dan yang bertudung. Yang tidak bertudung sama juga dengan style lelaki rambut melepet tutup separuh muka adalah tidak sesuai terutama ketika interview. Anda akan kelihatan serabut dan perbuatan anda menyelak-nyelak rambut akan menganggu konsentrasi orang yang akan interview anda.

Untuk gadis yang bertudung pula, ingat anda datang kali pertama ke syarikat tersebut adalah untuk interview bukan memperagakan tudung anda yang berwarna ria-riang ceria tu dan juga berbelit-belit. Sama juga memang ada segelintir syarikat yang tak ambil kesah tentang rupa tudung anda semasa interview, tetapi majoriti akan peka dengan style anda. Saya tahu fesyen sekarang jenis belit2 shawl berwarna warni atau yang mempunyai batu-batuan berkilau2 tu dan juga jenis kembang yang menampakkan kepala anda besar. Saya tak kata salah, tetapi tidak sesuai ketika interview. Lebih baik mengunakan tudung atau seledang yang bersederhana sahaja.

2. Gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Saya pernah mengikuti interview dan keseluruhan calon seramai 20 orang, di akhir interview hanya 2 orang iaitu saya dan seorang lagi yang terpilih untuk jawatan tersebut. Di sebabkan sesi interview dibuat secara terbuka, maka orang-orang lain akan dapat mendengar perbualan semasa interview anda. Saya hampir semua yang tersingkir adalah mereka yang tergagap-gagap berbahasa Inggeris. Lebih teruk ada yang tidak faham soalan penemuduga kerana dalam bahasa Inggeris.

Betulkan saya kalau saya salah, tetapi pada penglihatan saya kebanyakan universiti di malaysia ini tidak mengajar dalam bahasa Inggeris.Itu antara sebab graduan-graduan kita gagal dalam interview sekiranya dalam bahasa Inggeris.

Saya sendiri bukan lah cekap berbahasa Inggeris, tetapi apa yang saya buat adalah hanya membaca Suratkhabar berbahasa Inggeris, menonton tv atau movie hanya bahasa Inggeris, memaksa diri bercakap dalam bahasa Inggeris dengan orang lain. Mungkin cara anda lain dan mungkin ada rasa susah tetapi hasilnya ia akan membuatkan otak anda berjaya meng”install” banyak  perkataan2 Inggeris. Jadi apa bila perlu.. ia akan keluar dengan lancar dan mudah.

Jadi ingat sekiranya interviewer bertanya dalam bahasa Inggeris, maka jawab la dengan yakin.

3. Tidak melakukan penyelidikan tentang  latarbelakang syarikat

Sekarang ini tiada alasan yang mengatakan anda tidak tahu mana nak cari perihal syarikat tersebut kerana hampir semua syarikat sudah memiliki website sendiri.

Sila tanya dengan kawan yang ada bekerja dalam syarikat tersebut, atau membuat penyelidikan sendiri di internet tentang latar belakang syarikat tersebut.

Sekiranya anda mampu menjawab soalan berkaitan dengan syarikat tersebut, peluang adalah amat cerah

Baiklah untuk lebih banyak lagi Tips lain.. selalu selalu lah melawat blog saya ini.

fauziibrahim

Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

Twitter - Facebook - More Posts