Motivasi . Inspirasi . Informasi
Archive for February, 2011
Belajar Tentang Perubahan Dari Burung Penguin
Feb 20th
Saya baru aje habis baca buku yang bertajuk “Our Iceberg Is Melting – Changing And Succeeding Under Any Condition” yang cukup menghiburkan dan penuh pengajaran.
Buku motivasi yang di tulis oleh John Kotter & Holger Rathgeber ni cukup “menyeronokkan” untuk di baca. Kenapa saya kata menyeronokkan? Sebab buku ni jalan ceritanya adalah mengenai sekumpulan penguin yang sedang menghadapi perubahan dalam kehidupan mereka.
Kalau anda masih ingat dulu-dulu kita selalu di hidangkan dengan kisah-kisah teladan oleh datuk,nenek,ibu bapa dan pengasuh kita untuk mengajar kita tentang cerita-cerita haiwan yang boleh kita ambil pengajaran. Kisah seperti sang kancil dengan buaya, ayam dan helang dan lain-lain cukup menhiburkan dan senang nak faham kan?
Kali ni penulis pun menggunakan elemen kehidupan penguin untuk kita senang faham dah tak rasa boring.

Secara ringkas buku ni menceritakan tentang sekumpulan penguin yang selama ini sudah hidup selesa dengan persekitaran mereka tanpa mereka sedari sesuatu akan berlaku dengan tempat tinggal mereka tu. Sama macam kita manusia kalau dan terlalu lama buat benda yang sama sampai kita tak perasan apa yang dah berubah di sekeliling.
Apa yang berlaku salah satu watak penguin ni Fred yang suka memandang keadaan sekeliling perasan bahawa mereka dalam bahaya. Dia terpaksa bersusah payah untuk meyakinkan keseluruhan komuniti mereka untuk berpindah ke tempat baru, Macam manusia juga ramai lah watak-watak yang muncul untuk menyokong dan menghalang usaha si Fred ni.

Anda akan jumpa watak-watak seperti Fred, Alice, Loius, Buddy, The Professor dan NoNo. Mereka ni memang melucukan dan perangai-perangai mereka seperti refleksi kita manusia. Sekiranya anda faham apa yang cuba disampaikan dan dialog-dialog yang tertulis dalam buku ni tentu anda akan tersenyum sendiri. Ada juga ilustrasi gambar Penguin yang melucukan dalam buku ni.
Secara ringkasnya anda akan lebih memahami bagaimana nak buat atau nak harungi PERUBAHAN dalam hidup anda atau kerjaya anda dengan jayanya.
Saya kan kongsi tentang 8 langkah untuk berjaya dalam membuat perubahan dalam post seterusnya ye.



Komen Terbaru