Sep 18, 2011

Sedang mencari tips dan panduan melancong Ke Kota Bangkok.. ada sesiapa boleh tolong?

Insyaallah hujung bulan ini aku dan wife akan meluangkan masa bersama melancong ke kota Bangkok. Hari ni sempena hari minggu, aku meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian tentang percutian ke kota Bangkok. Dengan bertemankan pakcik "google" aku cari blog-blog yang kongsi pengalaman dan tip-tip untuk melancong ke Kota Bangkok ni.
guna gambar blog orang lain dulu :-) sebab belum pergi
Antara tip-tip yang masih di cari adalah "bagaimana mengenal kedai makan halal di Bangkok" , "Senarai restoran halal di Bangkok". Kritikal tau info pasal ni. Setelah baca-baca sikit blog orang yang dah pergi Bangkok, dapat la juga sikit-sikit tip nak cari makan halal ni.Tapi masih mencari lagi. Kalau sesiapa ada, kongsi-kongsi la kat bahagian komen ye.

Selain tu sebab ni pertama kali nak bercuti ke luar negara, aku tengah cari juga tips dan panduan sebelum bercuti ke kota bangkok, pasal keselamatan, pertukaran wang asing, camne nak naik kapal terbang (dah book air asia) ke sana dan lain-lain.

Pasal tempat nak dilawati kami tak risau sangat sebab dah booking package. Nanti ikut aje lah mana tour guide tu nak bawa kami. Hari pertama half day city tour hari ke-2 free and easy. Kalau ikut pakej tour guide akan bawak kami half day tour ke:

  • Sungai Chao Praya
  • Wat Arun
  • Gem Gallery & Leather Shop

So kalau nak ke tempat lain dengan masa yang masih banyak tu kena la cari sendiri...  antaranya tengah baca top 10 tempat yang perlu dilawati di Bangkok ok lah nak sambung research, kalau anda nak membantu sila tulis kat komen ye.. kalau ada link blog korang yang berkaitan pun sila letakkan ye.

4 comments:

  1. Tiket, pasport, dompet dah ada! Apa lagi yang perlu sebelum berangkat pergi melancong? --->NAK TAHU? KLIK SINI<---

    ReplyDelete

Share

Widgets