Motivasi . Inspirasi . Informasi
Apakah teknik mengatasi bantahan @ Objections dalam jualan
Semasa mula-mula berkerja dahulu saya secara tak sengaja telah terlibat dalam dunia jualan dan pemasaran. Lebih dari 2 tahun juga saya bergerak dari rumah ke rumah dari office ke office menjual kad-kad promosi.
Apa yang saya paling takutkan semasa mula-mula membuat jualan dahulu? Bukan customer yang tak nak buka pintu.. bukan anjing tuan rumah yang mengigit menyalak garang.. tapi… bantahan atau objection dari customer..
Betul.. kalau anda mula-mula masuk dunia jualan, ini adalah halangan yang buatkan anda bosan, kecewa nak teruskan kerja jualan.
Bayangkan apabila customer kata “saya tak nak beli sebab tak ada duit”.. atau “saya tak guna barang ni”.. atau “barang ni mahal sangat lah”…
frustnye…
Tapi selepas beberapa lama dalam dunia jualan saya mula belajar teknik-teknik nak hadapi sema ni. walaupun dah beberapa tahun tak terlibat secara langsung dalam apa-apa jualan.. tapi saya masih ingat-ingat lagi teknik-teknik tu… Akhirnya baru-baru ni saya dapat kerja sebagai seorang trainer di salah sebuah syarikat pelaburan Saham Unit Amanah yang mana saya sekali lagi terlibat dalam dunia jualan. Dapat la saya kongsi serba sikit ilmu kat situ. terima kasih kepada salah seorang trainer kat sini yang berkongsi di dalam kelas beliau salah satu teknik yang dah lama saya tak gunakan.. bila saya tumpang dengar training yang dia jalankan..*blink* tiba2 terlintas dalam kepala saya teknik-teknik yang pernah saya gunakan dulu…
Jadi kali ni di sini saya akan kongsi salah satu dari pada nya iaitu teknik 3F… 3F? Teknik apa tuh
teknik FEEL,FELT dan FOUND (Kena maintain Bahasa Inggeris supaya senang nak explain nanti)
contoh kalau customer kata saya tak nak beli sebab tak guna barang ni…
jadi kita guna 3F untuk jawab..
“I understand how you feel, and there are some of my customer also felt the same way before.. but i found that when they understand the benefits of the product to their spouse they would buy that product to give a present to his wife to show his love… “
so kalau translate BM
“Saya faham perasaan En, ada juga customer-customer saya yang mula-mula rasa seperti juga, tapi saya dapati setelah mereka faham kebaikan barang ni kepada isteri mereka terus mereka beli dan bagi sebagai hadiah tanda kasih sayang”
Nampak tak kat mana saya guna kan 3F?
Anda boleh cuba gunakan untuk hadapi macam-macam jenis bantahan @objection .
jadi kena kita patut guna teknik 3F ni?
Ini kerana dalam jualan kita jangan marah2 atau cuba tekak dengan kerana memang kita tahu barang yang kita jual tu bagus, tapi customer kata tak bagus. Bila kita gunakan teknik ini, customer akan terasa lebih selesa dan dia kan rasa kita memang ambil berat dengan perkara yang dibangkitakan.
Baik lah setakat ni dulu post berkaitan teknik dalam jualan dan pemasaran. Semoga berjumpa lagi
| Print article | This entry was posted by fauziibrahim on 10/04/2011 at 3:48 pm, and is filed under Blog. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 9 months ago
tima kasih bro fauzi atas formula 3f tu…
memang berguna…
satu pandangan saya….
kita kena melatih mengawal emosi kita…
dan sentiasa berfikiran positif…