Blog mewarna kehidupan anda

Blog mewarna kehidupan anda

Semakin hari semakin banyak saya terbaca blog-blog yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Kalau rajin-rajin masuk gengblogger.com kamu pasti akan melihat seperti satu fanomena baru melanda Malaysia.

Setahu saya ada yang bermula dari umur 11 tahun contohnya si Gloson telah di isytiharkan sebagai blogger termuda di Malaysia oleh Malaysia Book of Record.

Kebanyakan blog rakyat malaysia lebih berciri 1) journal peribadi, seolah-olah menggantikan diari yang pernah kita guna dahulu. Perbezaannya adalah blog seolah-olah diari yang terbuka. Tiada yang RAHSIA. Mana tak nya.. kalau dulu bila kita sukakan seseorang atau bencikan seseorang kita akan tulis dalam diari dan sembunyikan diari itu. Sebaliknya dengan blog semua tu akan di luahkan ke dalam blog dan seluruh dunia boleh baca ( kalau mereka faham Bahasa Malaysia lah :-) ). Ada baik ada buruknya kalau journal peribadi dijadikan blog.

Tak kurang juga blogger yang di kenakan tindakan undang-undang seperti Aduka Taruna dan Kickdefella. Mereka ini lebih kepada blog berbentuk politik. Hati-hati tau kalau nak post blog… jangan sentuh isu-isu sensitif.

Saya ada juga kenal beberapa usahawan online yang menjadikan blog sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan internet atau dikenali sebagai blogshop. Memang menarik dan mudah.. kalau dulu nak beli tudung kena pergi kedai atau kat KL ni kena pegi Jalan TAR.  Sekarang boleh beli terus secara online.  Yang makin meningkat sekarang adalah blogshop tudung atau shawl, kasut crocs, makanan kesihatan, accessories, pakaian, ebook dan sebagainya.

Selain dari itu saya cukup tertarik bila ada blog berbentuk dakwah atau agama. Ustaz Zaharuddin di dalam blog nya Zaharuddin.net sebagai contoh selalu berkongsi pendapat-pendapat beliau tentang isu-isu semasa tetapi berlandaskan Agama Islam. Antara post yang berguna untuk diri saya dan mungkin juga anda adalah tentang program login facebook dapat duit. Setelah membaca hujah-hujah ustaz ramai mula yakin bahawa program ini adalah haram. Sekurang-kurangnya bertambah sikit ilmu agama lepas baca blog beliau.

Jadi sedikit demi sedikit dunia rakyat malaysia mula diwarnai dengan blog. Sebenarnya alangkah seronoknya kalau ada kempen “satu rakyat satu blog”. Tentu meriah dunia blogging kita ni.

Tapi macam biasa kena ada pemantauan lah…

Jadi kepada pembaca blog dot com saya yang baru ini terima kasih kerana sudi baca post saya. Sekiranya anda ingin link exchange tak ada masalah. Kita boleh saling bantu -membantu menaikkan PR sesama kita.

ok setakat itu dulu…sila komen kalau sudi. Nanti saya akan balas komen anda dan mungkin balas lawatan anda dengan membaca blog anda pula…

sekian..

fauziibrahim

Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

Twitter - Facebook - More Posts