Bukan sengaja bangkitkan isu “ada aku kesah??” ni saja saja.. tapi saya lihat berpendapat penggunaan perkataan ni SELALUNYA tak sesuai digunakan secara terbuka.

Kenapa saya cakap macam tu adalah kerana sekiranya kita gunakan semasa suasana (dalam hati orang yg mendengar / Baca) sedang hangat, panas, kacau.. boleh membawa kearah dua kemungkinan iaitu 1) Kadar “penyentapan” melampau.. sampai tak nak tegur anda sampai bila-bila atau 2) Boleh bikin gadoh ooooo….

Kenapa saya kata begitu?

contoh pertama : Kawan anda minta tolong pinjam duit sebab nak balik kampung tengok family dia sakit… Cuba anda jawab ” Ada Aku Kesah???”
Apa jadi? Sentap “tahap dewa” saya panggil.. Mau putus kawan ooooo

Contoh kedua : Anda menulis blog katak kutuk sana sini.. kutuk artis…. kutuk kutuk Raja-raja Melayu.. kutuk kawan-kawan… kutuk blogger lain…. pastu bila dia nasihat anda, apa jawap anda? ” Ada Aku Kesah???”
Apa jadi? Mau satu kali lembbbbammmmm bijik mata di buat nya…

Saya tengok ramai jugak blogger-blogger ni yang menggunakan blog masing2 untuk melempias ketidakpuasan hati pada seseorang.. pastu “Ada aku Kesah” hati dan perasaan dia?
tak elok tu….
ada yang sesuka hati copy email yang tak betul dan post kat blog… bila tanya kenapa post terus tak selidik dulu? “ada aku kesah”

Walau macam mana pun saya rasa kalau guna pada masa yang sesuai, elok juga perkataan “ada aku kesah???” tu..
Contoh anda sedang buat bisnes online jual apa-apa aje la.. lepas tu ada member kaki menyakat asyik cuba menjatuhkan semangat anda… so anda jawab “ada aku kesah” kau nak kata apa? yang penting bisnes aku ni halal dan tak menyusahkan orang lain…
elok kan cara tu?

Satu lagi contoh anda macam sekarang blogging dengan baik-baik jek.. tapi tiba-tiba ada “malaun” mana entah tiba-tiba komen post anda dengan cara tak betul ( tak caya tanya Rizhuan Richie, dia kena sekali dalam post dia ………… )
Apa patut dia kata? “Ada Aku Kesah” dia nak komen apa? yang penting aku post perkara betik betul..
Jadi 3 patah kata dari saya mengakhiri post kali ni.

“BERFIKIR SEBELUM BERKATA-KATA” – Fauziibrahim

fauziibrahim

Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

Twitter - Facebook - More Posts