Saya mengharapkan sesuatu yang menarik dari training program yang akan saya sertai minggu depan. Sebenarnya ini adalah rezeki yang tak disangka-sangka kerana untuk pengetahuan semua saya baru sahaja masuk kerja kat company Public Mutual ni. Belum habis probation lagi so kalau nak kira-kira logik belum layak untuk sertai mana-mana training program yang di sponsor oleh company kan?Bukan murah fees program ni.

Tapi kali ni rezeki Tuhan siapa nak tahu, Big Bos saya nak saya pergi kerana Small Bos saya dah pernah pergi program ni. Cayalah bos bos ku.

Program yang akan aku sertai ni diberi nama ‘Empowerment Of The Black-Belt Team” Program. Wah nak belajar teakwando ke karate ni? main black belt.. black belt ni? Tak kesahlah asalkan berbaloi pergi.

Lokasi program adalah di Sri Damansara Club ( Kat mana tuh?) dress code Smart Casual (indoor) dan Sport Wear (outdoor).. wah ada harapan buat extreme sport ni kot? ke nak kena belajar karate pulak ni? maklum la Black-Belt kan? Setahu saya nak dapat black-belt karate atau teakwando tak kurang setahun kan?

Trainer untuk program ni adalah En Ahmad Farid dari Dynamic Team Holding. Graduate Psychology ni.. habis la kena psycho (just joking lol!) ayoo ada 3rd degree black belt teakwando.

Program 2 hari ni akan cover beberapa topic antaranya:

1) Introduction to mastery principle

2)How to move a team from point X to point Y fastest time posibble

3)Review team leader role

4)learn how to transform a team

5)Personal breakthrough

(detail nanti selepas saya dah attend program ni)

Harapan semoga program ni beri banyak ilmu baru dan FUN ( it’s me :-) )

So nanti selepas program kalau berkesempatan ambil gambar saya akan kongsi kat sini.

fauziibrahim

Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

Twitter - Facebook - More Posts