Minggu ni prestasi kumpulan yang saya pantau kembali kepada prestasi biasa mereka. Pencapaian sales RM400,000 seminggu boleh dikatakan amat memberangsangkan. Walau bagaimana pun kali ni tak semua membuat jualan. Lagi pun minggu ni 2 orang tak dapat dating. Seorang terpaksa ke outstation kerana ada buat booth jualan. Yang lagi seorang tak sihat agaknya.

Kalau nak di bandingkan prestasi kumpulan saya, kami adalah kumpulan yang paling konsiten dalam segi sales. Dah 4 minggu dapat RM400, 000 setiap minggu. Cuma minggu lepas saja jatuh Rm300,000. Memang terbakor juga hati bila tengok mereka tak perform seperti biasa. Walaubagaimana pun saya tahu semua ni adalah rezeki Allah.
Mereka dah ganti balik kekurangan tu bila dapat buat jualan RM400,00 semula.

Minggu ni saya sekali lagi lemparkan cabaran kepada mereka, Kalau minggu depan capai RM540,000 saya belanja makan. Sekali sekala tak salah kan..

Buat masa sekarang walau pun prestasi kumpulan saya bagus tetapi ada seorang dua ahli yang tidak berusaha bersungguh2. Yang satu sebab kerja ni adalah parttime jadi tak cukup masa katanya..yang kedua bila tengok balik rekod aktiviti dia memang tau la kena tak dapat buat jualan. Tak buat aktiviti. sempat berjumpa dengan upline dia tanya2 serba sedikit rupanya dia tak bersungguh2 hubungi pelabur hanya ambil sambil lewa.

Jadi misi next week adalah untuk memperbaiki apa yang kurang…

fauziibrahim

Fauziibrahim adalah seorang trainer yang sedang bertugas di sebuah syarikat kewangan di Malaysia. Mempunyai pengalaman menjalankan latihan dan fasilitasi selama 6 tahun

Twitter - Facebook - More Posts